ASAL-USUL MELAKA
Kemunculan Melaka melalui Sejarah Melayu adalah disebabkan kedatangan Parameswara yang telah membuka Negeri Melaka.Beliau merupakan putera dari Palembang yang berketurunan daripada Raja- Raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya.Pada tahun 1377, Kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatra turut tunduk dibawah kuasa Majapahit.
Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur.Parameswara mengistiharkan kemerdekaan tersendiri kerana beliau enggan tunduk dibawah kuasa Kerajaan Majapahit. Ini mencetuskan kemarahan Kerajaan Majapahit dan menyebabkan Palembang diserang oleh Kerajaan Majapahit. Pada waktu itu,Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik(Singapura). Beliau telah membunuh Raja Siam iaitu Raja Temagi yang memerintah Temasik dan beliau mengambil alih pemerintahan Temasik sebagai raja selama lima tahun. Kerajaan Ayuthya di Siam menjadi marah atas kematian Raja Tamagi.
Parameswara melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun setelah diserang oleh tentera-tentera Kerajaan Temagi.Parameswara kemudiannya berpindah ke Sungai Bertam setelah mendapati Muar tidak sesuai dijadikan sebagai pertempatan yang baru.
Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur.Parameswara mengistiharkan kemerdekaan tersendiri kerana beliau enggan tunduk dibawah kuasa Kerajaan Majapahit. Ini mencetuskan kemarahan Kerajaan Majapahit dan menyebabkan Palembang diserang oleh Kerajaan Majapahit. Pada waktu itu,Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik(Singapura). Beliau telah membunuh Raja Siam iaitu Raja Temagi yang memerintah Temasik dan beliau mengambil alih pemerintahan Temasik sebagai raja selama lima tahun. Kerajaan Ayuthya di Siam menjadi marah atas kematian Raja Tamagi.
Parameswara melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun setelah diserang oleh tentera-tentera Kerajaan Temagi.Parameswara kemudiannya berpindah ke Sungai Bertam setelah mendapati Muar tidak sesuai dijadikan sebagai pertempatan yang baru.
Sejarah Melayu pada tahun 1400,Parameswara telah membuka Negeri Melaka dan nama Melaka diambil bersemperna dengan nama sejenis pokok. Semasa Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah pokok selepas menburu. Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuannya hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka" kerana beliau menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa yang ganjil.
Parameswara kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah. Pembukaan Melaka telah menyebabkan Melaka menjadi pusat persinggahan pedagang-pedagang China, India dan Arab kerana beliau melaksanakan pemerintahan negeri baru yang berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Dan di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu dan Keagungan Empayar Melaka.
Perkembangan Empayar Melaka
Melaka bermula dari perkampungan nelayan yang kecil yang muncul sebagai sebuah pusat perdagang yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Antara faktor utama Kegemilangan Melaka kerana lokasinya merupakan lokasi yang strategik. Ini disebabkan Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negeri China dan India. Lokasinya berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara kerana menjadi tempat persinggahan perdagang-perdagang bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Selain itu,Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Faktor ini dapat menarik perhatian perdagang- perdang untuk berdagang di Perlabuhan Melaka dan perlabuhannya amat sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh. Di samping itu, Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.Pada ketika itu,bahan-bahan ini merupakan bahan perdagangan yang amat penting.
Selain itu,Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Faktor ini dapat menarik perhatian perdagang- perdang untuk berdagang di Perlabuhan Melaka dan perlabuhannya amat sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh. Di samping itu, Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.Pada ketika itu,bahan-bahan ini merupakan bahan perdagangan yang amat penting.
Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan.Perlabuan ini menjadi sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Bagi menjamin keselamatan Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam kerana dapt memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Parameswara juga telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para perdagang yang singgah di Melaka.Di samping itu, Parameswara telah mengambil langkah persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam untuk mengelakkan Siam menyerang Melaka.Kebijakan Parameswara dalam memarintah Melaka telah menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang makmur.
Pada abad ke 15, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi tumpuan dan menarik minat perdagang-perdagang dari timur dan barat.Antara kemampuan Melaka menjadi sebuah perlabuhan yang penting di dunia pada zaman ini adalah lokasinya yang strategik, selamat dari ancaman angin monsun, sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh, terletak berhampiran lombong bijih timah dan rempah ratus.Selain itu, pentadbirannya yang cekap dan tersusun, pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaran. Dan akhirnya, penggunaan Mata wang dalam hal ehwal perdagangan.
Sistem Pertadbiran Kesultanan Melaka
Sistem yang digunakan oleh Kerajaan Melaka berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya di Palembang, ini membolehkan Sultan Melaka mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap dengan jayanya. Sistem pentadbiran Kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang terdiri bagi mentadbirkan Negeri Melaka.Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
Hubungan Kesultanan Melaka Dengan China
Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatannegeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China.Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.
Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.
Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. Hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu pada abad ke 15.
Sultan-sultan Melaka
Kesultanan Melayu Melaka telah wujud pada tahun 1400 dan berakhir pada tahun 1511 selepas Kerajaan Melaka ditawan oleh Portugis. Antara senarai sultan-sultan yang memerintah Empayar Melayu Melaka di zaman keagungannya ialah Parameswara dikenali sebagai Iskandar Syah memerintah pada tahun 1400 sehingga 1414, kemudian selepas kemangkatan Parameswara, pemerintahan Melaka beralih kepada anaknya iaitu Sultan Mahkota Iskandar Syah pada tahun 1414 sehingga 1424, Seri Maharaja iaitu Sultan Muhammad Syah memerintah pada tahun 1414 sehingga 1444, Parameswara Dewa Syah iaitu Raja Ibrahim memerintah pada tahun 1444 sehingga1445, Sultan Muzaffar Syah iaitu Raja Kassim memerintah pada tahun 1445 sehingga 1459, Sultan Mansor Syah memerntah pada tahun 1459 sehingga 1477, Sultan Alaudin Riayat Syah memerntah pada tahun 1477 sehingga 1488, Sultan Mahmud Syah memerintah pada tahun 1488 sehingga 1511 dan berakhir dengan pemerintahan Sultan Ahmad Syah kerana mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah pada tahun 1511.
Bendahara Melaka
Kerajaan Melaka mempunyai beberapa orang Bendahara semasa zaman keagungannya. Bendahara merupakan satu jawatan yang penting dalam pertadbiran Empayar Melaka. Pada tahun 1445, bendahara Melaka ialah Seriwa Raja iaitu bapa kepada Tun Perak,,kemudiannya Tun Ali menjadi bendahara Melaka pada tahun 1445 sehingga 1456. Diantara bendahara-bendahara Melaka yang paling terkenal ialah Tun Perak. Beliau menjadi bendahara Melaka pada tahun 1456 sehingga 1498. Tun Perak merupakan pembina Empayar Melaka kerana telah berjaya merancang dasar perluasan Empayar Melaka hingga ke Sumatra. Tun Perak juga berjaya menawan Pahang, Terengganu, Selangor, Johor, Kedah, Perak, Patani dan Kepulauan Riau-Lingga.Empayar Melaka terus diperluaskan oleh Tun Perak sehingga ke Pasai, Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Timur Sumatra. Kepimpinan Tun Perak telah menjadikan Melaka sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar di seluruh Kepulauan Melayu pada abad ke 15. Pada tahun 1500 sehingga 1510 Tun Mutahir telah menjadi bendahara Melaka dan akhir dengan Paduka Tuan yang menjadi bendahara Melaka pada tahun 1510 sehingga 1511.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan